Sepuluh Wasiat Al-Quran
Walaupun berakhirnya bulan Ramadan yang cukup sinonim dengan tazkirah atau majlis ilmu yang padat dengan pengisian agama, ia bukan bermakna majlis-majlis ilmu itu terhenti tanpa ada kesinambungannya.
Ramadan boleh disifatkan sebagai bulan merekrut tentera-tentera Allah dalam kem latihan, mereka akan dikerahkan selepas tamat latihan dengan mempraktikkan segala apa yang digarap sepanjang satu bulan di kem tersebut bagi membuktikan ketangkasan, ketajaman serta kekuatan mental dan fizikal.
Justeru, bagi memastikan mereka tidak lupa terhadap ilmu dan maklumat yang digarap dalam bulan Ramadan, maka al-Quran tampil dengan pelbagai pendekatan untuk memimpin tentera-tentera Allah itu terus mempunyai hubungan dengan nilai ilmu yang terkandung di dalam kitab suci tersebut.
Maklumlah sambutan hari raya yang padat dengan program ziarah, terkadang-kadang boleh menyebabkan seseorang itu lupa untuk melihat semula asas-asas tarbiah yang boleh meningkatkan prestasi iman, apatah lagi ia berbentuk sebuah wasiat.
Dalam al-Quran terdapat sepuluh wasiat yang amat bernilai yang perlu diketahui oleh setiap individu muslim, bagi memastikan kesinambungan penghayatan hidup mereka dengan nilai-nilai agama. Apatah lagi ia berkaitan dengan tegahan Allah bertujuan memimpin manusia muslim ke satu hala tuju hidup yang lebih bermakna.
Wasiat tersebut diabadikan oleh Allah menerusi ayat 151-153 daripada surah al-AnĂ¢am yang boleh diklasifikasikan urutan tegahan Allah yang perlu diambil kira sebagi berikut:
1) Larangan Allah daripada melakukan syirik terhadap-Nya.
2) Larangan daripada berlaku tidak baik terhadap kedua ibu bapa.
3) Larangan daripada membunuh anak kerana takut menjadi miskin.
4) Keyakinan terhadap Allah yang memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya.
5) Larangan daripada mendekati perkara-perkara yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.
6) Larangan berbunuhan sesama manusia.
7) Larangan daripada memakan harta anak yatim.
8) Perintah berlaku adil dalam timbangan dan segenap tuntutan hidup.
9) Perintah Allah untuk mengikuti jalan yang lurus iaitu Islam.
10) Larangan daripada terikat dengan pegangan ciptaan manusia yang tergelincir daripada kebenaran Islam./tajdid
Friday, 19 October 2007
Monday, 8 October 2007
Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Raya Kepada Anak Yatim & Ibu Tunggal

Taman Batu Tiga 6 Oct 2007 – Bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak dan Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Satu program ke Masyarakatan Anjuran Bersama Persatuan Penduduk Taman Batu, KAFA Integrasi Nurul Hidayah, Surau Nurul Hidayah & Rukun Tetangga (RKT) telah diadakan.
Seramai 19 orang anak yatim dan 13 orang ibu tunggal telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Surau Nurul Hidayah bermula dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Terawih Berjemaah dan seterusnya penyampaian sumbangan Hari Raya yang disampaikan oleh Pegawai MPSJ En. Muhammad Azli B. Miswan. Beliau yang juga Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hadir bagi mewakili YDP MPSJ Tuan Adnan B. Ikhsan yang tidak dapat hadir kerana menghadiri Majlis Rasmi yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
Di dalam ucapan aluan-aluannya En. Muhammad Azli mengucapkan ribuan terima kasih diatas penghormatan Penganjur yang menjemput pihak MPSJ untuk menyampaikan bantuan tersebut. Hubungan erat masyarakat setempat dengan pihak PBT khususnya MPSJ memang dialu-alukan dan seharusnya program-program seperti ini menjadi ikutan kepada organisasi-organisasi lain.- (NH S.Alam 8/10/2007)

Saturday, 6 October 2007
Subscribe to:
Comments (Atom)