Shah Alam 26 Dis 2006 - KAFA Integrasi Nurul Hidayah mencatit sejarah tersendiri, apabila terlibat dalam majlis kemasyarakatan dengan menganjur program Majlis Berkhatan beramai-ramai Anjuran bersama dengan Muslimat Surau Nurul Hidayah dan dengan kerjasama Masjid Jame' Fastabiqul Khayrat.
Acara bermula seawal jam 06.30 pg yang mana semua peserta berkumpul beramai - ramai di ruang legar KAFAINH sambil menjamah sarapan pagi sebelum perarakan bermula jam 07.00 g di Dewan Rukun Tetangga Batu Tiga menuju ke KAFAINH. Para peserta diiringi oleh Penghulu Mukim Damansara Ybhg. Tuan Hj Bahuddin B. Ja'afar dan Nazir Masjid Jame' Fastabiqul Khayrat Ybhg. En. Jamaluddin B. Marjuki. Tidak ketinggalan juga yang mengiringi peserta ialah Pengerusi KAFAINH En. Taufik B. Toran dan juga para ibu/bapa.



Sebelum acara berkhatan bermula jam 09.00 pg, terlebih dahulu para peserta disiram dengan air oleh ibu/bapa dan juga penduduk taman yang turut sama meraikan para peserta.





Alhamdulillah semua peserta selamat menjalankan acara berkhatan dan tamat jam 10.30 pg.
Saya bagi pihak Penganjur Majlis Bekhatan ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan Majlis ini. Tidak lupa juga kepada Badan NGO Taman Batu Tiga iaitu KELAB SETIA KAWAN yang turut sama memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.
Sekian terimakasih.
-S/U KAFAINH.
Gambar Sebahagian Daripada AJK yang terlibat.

