Berikut adalah berita daripada laman web Persatuan pengguna islam Malaysia.
layari laman web:
http://www.muslimconsumer.org/ppim/news.php?extend.220
**************************************************
Berikutan daripada aduan yang diterima, kami telah menjalankan serbuan ke kilang roti High5 di Nilai,Negeri Sembilan. Serbuan sepadu ini disertai oleh beberapa agensi kerajaan antaranya, Majlis Perbandaran Nilai, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Imigresen, Polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shah Alam Communication Club(SACC) dan JAKIM. Lihatlah betapa kotornya kilang ini.
Pihak JAKIM juga ada menemui setong drum cecair minyak yang dispray dalam acuan pembakar yang didakwa pengilang 100% minyak sayuran tetapi tidak mendapat pengesahan JAKIM. Cecair tersebut berjenama DUBOR dari German yang mendapat pengesahan Rabai Yahudi. Suasana dalam kilang amat menjijikkan, berbau meloyakan tekak dengan suasana pencahayaan yang malap. Para pekerja tidak memakai sarung tangan ketika memasukkan tepung roti ke dalam acuan, malah mereka hanya menggunakan tangan kiri dan kanan tanpa sebarang apron atau alat bagi memelihara pencemaran virus dan bakteria dari berlaku. Kita merasakan syarikat yang menggunakan wang KWSP bagi mengembangkan operasinya ini sebagai tidak langsung sensitif dan tidak menghormati kehendak dan aspektasi pengguna dan aspirasi kerajaan.
Sekali lagi pengguna yang menjadi mangsa... Sila suarakan respon dan suara anda dalam ruangan komen ini bagi menunjukkan rasa prihatin anda terhadap situasi ini. Terima Kasih.






