Sunday, 23 April 2006

Adab-Adab Menuntut Ilmu





Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi kita sebagai kaum Muslim. Banyak sekali dalil yang membuktikan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.Adab-adab di dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui sangatlah banyak. Kepentingan untuk mengetahui adab-adab ini adalah agar ilmu yang kita pelajari akan membuahkan faedah untuk kita dan orang yang ada di sekeliling kta. Di antara adab-adab tersebut adalah:
1* Ikhlas semata-mata kerana Allah SWTNiat kita untuk menuntut ilmu hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan juga demi kehidupan di akhirat kelak. Berkenaan seseorang yang menuntut ilmu semata-mata kerana ingin mendapat gelaran, pangkat atau ingin popular, Rasulullah SAW telah mengkhabarkan tentang golongan sedemikian di dalam hadith Baginda:"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya kerana Allah SWT, sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan harta benda dunia, ia tidak akan dapat mencium bau Syurga pada hari kiamat."(Riwayat Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah)Tetapi, sekiranya ada yang mengatakan bahawa cita-citanya adalah ingin mendapatkan kelulusan yang lebih tinggi (contohnya MA atau PhD) bukan kerana ingin mendapatkan kesenangan dunia, sebaliknya kerana sudah menjadi kebiasaan yang tidak tertulis bahawa seseorang yang memiliki latar pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya akan lebih didengari orang di dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini, insya Allah termasuk di dalam niat yang benar.
2* Untuk menghilangkan kejahilan dari dirinya dan orang lainSemua manusia pada asalnya adalah bodoh. Sekiranya kita berniat untuk menghilangkan kejahilan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang berilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain. Ini adalah untuk menghilangkan kejahilan dari diri mereka.Apakah syarat untuk memberi manfaat kepada orang lain itu dengan kita duduk di masjid dan mengadakan satu pengajian sahaja atau kita memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah pilihan yang kedua; kerana Rasulullah SAW bersabda:"Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat." (Riwayat Bukhari)Imam Ahmad berkata: “Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar.” Murid-muridnya bertanya: “Bagaimanakah yang demikian itu?” Beliau menjawab: “Ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain."
3* Berniat menuntut ilmu untuk membela syari'atSudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat di dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Ini kerana kedudukan syari'at adalah sama dengan pedang, yakni jika tidak ada orang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama, sebagaimana tuntutan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Perkara ini tidak akan dapat dilaksana kecuali oleh orang-orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qur'an dan As-Sunnah.
4* Berlapang dada dalam menerima perbezaan pendapatApabila wujud perbezaan pendapat, penuntut ilmu sewajarnya menerima perbezaan itu dengan berlapang dada selagi perbezaan itu adalah pada persoalan ijtihad, bukan persoalan Aqidah. Ini kerana persoalan Aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan menurut ittifa’ ulama’. Berbeza di dalam masalah ijtihad adalah perbezaan pendapat yang telah wujud sejak zaman Sahabat, bahkan pada zaman Rasulullah SAW. Oleh itu, janganlah sampai kita menghina orang lain yang tidak sependapat dengan kita.
5* Mengamalkan ilmu yang telah diperolehiTermasuk di dalam adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperolehi. Ini kerana amal adalah buah dari ilmu, baik ilmu Aqidah, Ibadah, Akhlaq mahupun Muamalat. Orang yang telah memiliki ilmu adalah ibarat orang yang memiliki senjata. Ilmu atau senjata tidak akan ada gunanya kecuali dengan digunakan.
6* Menghormati para ulama’ dan memuliakan merekaPenuntut ilmu harus sentiasa berlapang dada di dalam menerima perbezaan pendapat yang wujud di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama; yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa sudah termasuk di dalam dosa besar, apatah lagi jika orang itu adalah seorang ulama.
7* Mencari kebenaran dan bersabarTermasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah diterima. Mencari kebenaran dari khabar yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadith misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang kesahihan hadith tersebut. Jika kita sudah pasti bahawa hadith tersebut adalah sahih, kita harus berusaha lagi untuk mencari pengertian hadith tersebut.
Di dalam mencari kebenaran ini, kita harus bersabar. Jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mengaji tidak habis, tidak menghabiskan satu kitab yang dipelajari, kemudian digantikan dengan kitab yang lain. Jika itu yang terjadi, kita tidak akan mendapat ilmu dari apa yang kita tuntut. Di samping itu, mencari kebenaran di dalam ilmu sangat penting kerana sesungguhnya pembawa berita kadangkala mempunyai maksud yang tidak benar, atau barangkali tidak bermaksud jahat namun dia keliru di dalam memahami sebuah dalil.
*Dipetik dari kitab "Kitabul Ilmi" karangan Sheikh Muhammad bin Shalih Al-‘Uthaimin
SUMBER Surau An Nur

Tazkirah Jumaat: 14hb April 2006 bersamaan 15 Rabiuawal 1427 H





Pengertian Bulan Rabiulawal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Pengajarannya dan kata nasihat penyunting : Bulan Rabiulawal adalah sama seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun kita berada sepanjang tahun. Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok. Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat. Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita. Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan. Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan yang mencukupi untuk dibawa ke kampung Akhirat satu hari nanti, InsyaAllah.

WASSALAM. Allah hualam bissawab......

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu... namun tak pula aku sanggup keNerakamu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ... "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang beramal soleh dan bertaqwa di sisi mu.. ampunkan dosa2 kami. Kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin ya rabbil a'lamin
SUMBER Surau An-Nur

Saturday, 8 April 2006

Bapa Adi Putra cuti setahun





SERDANG 7 April - Abdul Ghani Wahid, bapa kepada pelajar pintar matematik, Adi Putra mengambil keputusan bercuti setahun tanpa gaji daripada majikannya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Bagan Serai, Perak untuk kepentingan pendidikan anaknya.

Ia bagi memastikan beliau mempunyai masa yang mencukupi untuk membimbing anak pintarnya itu bersama dua lagi anaknya yang akan bertukar ke Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata demikian selepas sesi Bersama Adi Putra sempena Sambutan Ulang Tahun Institut Penyelidikan Matematik Universiti Putra Malaysia (INSPEM) ke-4 di sini hari ini.

Abdul Ghani menerima surat pertukaran sekolah Adi dari Kementerian Pelajaran pada 3 April lalu dan berstuju mendaftarkan Adi bersama abangnya, Mohd. Amiru, darjah lima dan Sri Amelia, darjah tiga di sekolah yang sama.

Sementara itu, Penyelaras Jawatankuasa Program Pintar Cerdas Matematik INSPEM, Prof. Madya Dr. Habshah Midi berkata, pihaknya mengakui kepintaran Adi Putra dalam Matematik.
SUMBER BERITA: UTUSAN MALAYSIA 8/04/06

Wednesday, 5 April 2006

Kecantikan lelaki...kegagahan wanita





Kecantikan lelaki...kegagahan wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikanyang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.Kegagahan WanitaKegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi padakekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginanKegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yangada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:-"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"Surah Al-Ahzab: Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

"Wallahualam"

Tuesday, 4 April 2006

SAR perlu anjakan hadapi cabaran semasa





DUNGUN, 4 April - Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Haji Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Sekolah Agama Rakyat (SAR) perlu melakukan beberapa anjakan secara serius bagi menghadapi cabaran semasa.

Katanya, survival SAR sangat bergantung kepada komitmen yang tinggi di kalangan bukan sahaja pendirinya malah seluruh masyarakat yang sedar tentang kepentingannya sebagai sistem persekolahan pelengkap malah sebagai sebuah sistem alternatif.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya diwujudkan kepimpinan SAR yang berkualiti, mengusahakan sebuah persatuan kebangsaan yang dapat saling mengukuh dan saling membina kekuatan, mempersiapkan tenaga pendidik yang komited dan berketrampilan dalam bidang pendidikan.

Di samping itu, katanya SAR perlu menyediakan sebuah sistem latihan penguruan yang rapi dan berdisiplin tinggi, melaksanakan sebuah kurikulum pendidikan yang bersepadu, membangunkan sebuah biah persekolahan yang kondusif untuk pembentukan dan membangunakan potensi pelajar.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Masa Depan Sekolah Agama Rakyat Menghadapi Cabaran Alaf Baru pada seminar sempena Hari Terbuka Madrasah Darul Bayan, Kampung Pinang Merah, Paka baru-baru ini.

Selain itu, tambahnya, pelajar SAR perlu dilengkapkan dengan kemahiran dan pendedahan mengenai realiti kehidupan serta cabaran semasa, mewujudkan kegiatan pelajar yang melengkapkan mereka dengan kefahaman dan kesedaran mengenai hal ehwal umat Islam di seluruh dunia, sukatan khusus untuk melatih mereka dengan kemahiran berorganisasi dan kepimpinan serta penyertaan aktif masyarakat untuk mendokong SAR.

Menurutnya, masa depan SAR di abad 21 ini sangat bergantung kepada kesediaan semua pendokong SAR untuk melakukan anjakan seperti yang diusulkan itu.
Tambahnya, anjakan itu adalah dalam rangka memulihara ketulenan matlamat SAR untuk menjadi institusi pendidikan Islam yang mantap bukan sahaja dari sudut orientasi malah juga dari sudut pengurusan , proses dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

“Kami yakin SAR mempunyai masa depan kerana betapapun pihak yang cemburu dengan potensi SAR ingin melihat SAR tidak wujud di persada negara ini , namun hakikatnya masyarakat tetap meletakkan harapan yang tinggi kepada keupayaan SAR untuk berfungsi,” ujarnya.

Tegasnya, Teras percaya komitmen dan dedikasi pendidik-pendidik di SAR akan menjadi tunjung kekuatan untuk memperjuangkan matlamat suci merealisasikan sebuah sistem tarbiyyah yang mampu menyedia dan melahirkan pelajar yang soleh sekaligus pejuang Islam seutuhnya.
Sumber Berita WEB.

Monday, 3 April 2006

KAFA INTEGRASI NURUL HIDAYAH TMN BT3 MENGORAK LANGKAH MEMASUKI GERBANG IT (TEKNOLOGI MAKLUMAT)



Pada 1/4/2006 LAMAN WEB KAFA INTEGRASI NURUL HIDAYAH (KAFAINH) beroperasi dengan sepenuhnya di tapak http://kafainhbt3.blogspot.com/

Ianya dibuat seiring dengan dasar dan matlamat Kerajaan Malaysia untuk menjadi negara maju dalam apa jua bidang menjelang 2020 dan bersesuaian juga dengan matlamat pendidikan JAIS untuk melahirkan insan yang seiring maju dengan peredaran zaman.

Justeru itulah pihak pentadbiran KAFAINH mengambil inisiatif untuk membangunkan projek IT ini, ianya bertujuan bagi mendedahkan guru-guru dan pelajar-pelajar KAFAINH kepada Sistem Teknologi Maklumat. Kita juga ingin menangkis tohmahan-tomahan nakal yang mengatakan Sekolah Agama tidak mampu untuk bersaing dengan arus teknologi semasa. Malah ada yang lebih dahsyat lagi mengatakan Islam menolak arus pemodenan. Kita tidak menolak arus pemodenan tetapi biarlah ianya menepati kehendak islam itu sendiri. Kita tidak nafikan internet ini dunia tanpa sempadan, tetapi kita manusia yang Allah SWT telah anugerahkan akal fikiran yang baik seharusnya dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Dengan adanya kemudahan laman Web KAFAINH ini, ianya secara tidak langsung dapat memperkenalkan KAFAINH kepada umum. Segala aktiviti-aktiviti sekolah juga dapat dimuat turunkan di dalam laman web ini. Bukan itu sahaja guru-guru juga boleh mencari bahan - bahan di dalam lain-lain laman web untuk dijadikan bahan rujukan dan juga untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka.

Sebagai makluman, setiap guru-guru kini mempunyai alamat email mereka sendiri, ini bagi memudahkan mereka mendapat apa-apa informasi dari pihak pentadbiran atau dari pihak JAIS dengan cepat dan pantas. Selain itu juga, kesemua komputer di KAFAINH telah disambungkan dengan Sistem Networking. Dengan sistem yang ada ini kesemua fail-fail dalam komputer boleh diekses oleh guru-guru walau dimana mereka berada tanpa perlu turun naik kesetiap bangunan. Dengan sistem yang ada ini juga kita dapat menjimatkan penggunaan kertas didalam urusan harian. Terutamanya yang melibatkan masalah pentadbiran.

Saya selaku orang yang mengendalikan laman web ini ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua mereka yang terlibat di dalam membina kemudahan IT ini dan juga kepada mereka yang memberi bahan-bahan untuk disiarkan di dalam laman web ini.

Kepada semua warga KAFAINH marilah kita sama-sama berganding bahu dan bekerja sama bagi meningkatkan lagi prestasi Sekolah ini supaya ianya terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menurut acuan Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

"KAFAINH BERSAMA BERGERAK MENUJU WAWASAN"

(Setiusaha KAFAINH)

PETUA IMAM SYAFIE




4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin(bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadianlangit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuksolat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakanmakanan ygbanyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Wassalam

Sumber dari: Surau An Nur

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR KAFAINH DIRASMIKAN OLEH TUAN PEGAWAI PENDIDIKAN AGAMA ISLAM YANG BARU




Pada 25/3/2006 yang lalu KAFA Integrasi Nurul Hidayah telah mengadakan HARI KECEMERLANGAN PELAJAR (Majlis Ihtifal) untuk tahun 2004/2005. Majlis ini dibuat bagi meraikan pelajar-pelajar yang lulus cemerlang dalam PSRA yang lalu (2004/2005).

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Agama Islam Daerah Petaling yang baru dilantik iaitu Ybhg. Ustaz Mat Don Bin Raban.

Mengikut kata-kata beliau, inilah kali pertama dia menghadiri majlis seumpama ini selepas dilantik sebagai Tuan Pegawai Pendidikan Agama Islam Daerah Petaling.

Ikuti intipati ucapan Ybhg Ustaz Mat Don Bin Raban:-

Beliau memberi penjelasan serba ringkas tentang objektif dan matlamat pendidikan JAIS. Antaranya ialah :

1. Melahirkan anak –anak yang berpendidikan agama yang tinggi.
2. Mempunyai sahsiah diri yang terpuji.
3. Melahirkan insan yang seiring maju dengan peredaran zaman.

Beliau menjelaskan taraf pendidikan di sekolah KAFA ini telah dipertingkatkan. Samada dari sudut sukatannya yang selaras diseluruh negeri Selangor. Sukatan pelajaran sentiasa dikaji dan dipertingkat dari masa kesemasa.

Selain itu,guru-guru yang menjadi tenaga pengajar juga adalah guru-guru yang mendapat tauliah dan lantikan dari JAIS. Ini amat dititik beratkan agar pengajaran dan pembelajaran yang terhasil pada murid-murid mempunyai nilai kualiti yang tinggi.


Taraf pendidikan di sekolah agama SRA atau KAFA adalah secara berperingkat-peringkat. Apabila murid itu meningkat ke darjah 5, mereka akan menjalani satu ujian yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Kelas Kafa ( UPKK ).Ujian ini adalah berlandaskan sukatan dari JAKIM. Manakala untuk darjah 6,mereka akan menjalani Peperiksaan Penilaian Sijil Rendah Agama ( PSRA ). Peperiksaan ini akan melayakkan mereka untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

Disamping itu juga,selain mempertingkatkan kualiti dalam kurikulum, JAIS juga menitik beratkan aktiviti Ko-kurikulum. JAIS menganjurkan pogram AMAL ISLAMI dengan tujuan mencungkil bakat-bakat terpendam murid untuk diketengahkan sebagai satu pendorong kemajuan mereka.Secara tidak langsung,ini akan lebih menarik minat murid untuk hadir kesekolah seterusnya menjalani pengajaran dan pembelajaran.

Jesteru,pihak sekolah adalah bertanggungjawab memberi pendidikan sepenuhnya sebagai ilmu dan panduan hidup.Namun begitu,amanah bukan sahaja terpikul di bahu para guru, bahkan ibubapa yang paling hampir setiap masa dengan mereka. Keperihatinan ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak amat perlu dititik beratkan kerana hasil dari penggembelingan tenaga dan usahasama inilah yang akan dapat membentuk dan melahirkan pelajar yang cemerlang.

Beliau juga menekankan tentang akhlak remaja pada masa kini. Anak-anak perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak dari kecil lagi. Pendidikan agama amatlah penting untuk menjadi benteng kepada mereka agar tidak terjerumus kepada perkara-perkara negative. Menyemai akhlak mulia bukan sahaja secara teori tetapi juga secara praktikal.

Diakhir ucapan,beliau menekankan tentang keberkatan dalam pembelajaran.Murid-murid hendaklah sentiasa taat kepada ibubapa dan hormat kepada guru.Kerana insan-insan inilah yang mencurah bakti dan ilmu kepada anak-anak.

(KAFAINH)

Sunday, 2 April 2006

Mi - Jenama Azam dijual di Pasaraya Econsave






SUNGAI BULOH: Dua kilang haram mengeluarkan mi, kuetiau dan tauhu utk pasaran pengguna Islam sekitar ibu kota di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, yang digempur pihak berkuasa, pagi semalam, dikatakan menggunakan kaedah pembuatan menjijikkan.
Kilang itu berselindung di sebalik jenama Islam pada bungkusan untuk mengaburi pengguna.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, dan Bahagian Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Shah Alam pada jam 11 pagi. Kilang pertama yang mengeluarkan mi, kuetiau dan tauhu diserbu di belakang sebuah banglo dua tingkat manakala sebuah lagi membuat mi dan kuetiau kira-kira dua kilometer dari situ.

Sumber Jakim berkata, hasil serbuan mendapati kaedah pembuatan tauhu di kilang pertama itu amat menjijikkan. Menurutnya, terdapat 12 wanita warga asing bekerja di situ tanpa mengutamakan aspek kebersihan."Pekerja terbabit tidak langsung memakai pakaian seragam, sarung tangan atau penutup rambut, malah hanya berkaki ayam serta memakai skirt ketika bekerja."Keadaan persekitaran kilang itu turut kotor berlendir dengan lumut hitam menutupi seluruh lantai," katanya.Menurutnya, pekerja itu selamba menggunakan baldi kotor di atas lantai berkeladak itu untuk memasukkan pati soya ke dalam acuan kayumembuat tauhu. "Lendir kotoran di lantai itu turut mengalir memasuki ke dalam acuan kayu terbabit."Kami mendapati kilang berkenaan tidak hanya berkeadaan kotor keterlaluan tetapi juga tidak diselia mengikut amalan pengilanganditetapkan," katanya.

Lebih menghairankan kilang itu sudah beroperasi sekian lama dan tidak pernah memohon lesen perniagaan dari MBSA selain tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF).Pengusaha kilang berusia 50-an itu hanya terpinga-pinga dan mengakui kesalahan dilakukan ketika disoal siasat.Dia mengakui kebanyakan mi, kuetiau dan tauhu diedarkan ke pasar utama sekitar ibu kota hampir setiap hari dalam kuantiti besar."Lebih mengejutkan apabila bilik sejuk yang digunakan untuk menyimpan tauhu siap diproses itu turut kotor seolah-olah tidak pernah dibersihkan," katanya.

Berikutan itu, pegawai Jabatan Kesihatan yang terbabit dalam operasi itu mengarahkan supaya kilang berkenaan menghentikan operasi serta merta dan turut mengenakan kompaun."Sijil Halal Jakim yang pernah diberikan sebelum ini turut ditarik balik selepas mendapati pengusaha berkenaan tidak mematuhi piawaian halal ditetapkan," katanya.Sementara itu, dalam serbuan kedua membabitkan kilang mi dan kuetiau mendapati ia tidak mempunyai lesen beroperasi daripada MBSA.

Kilang itu dikesan melakukan pelbagai kesalahan, termasuk tidak mematuhi piawaian halal serta pekerja didapati merokok sambil bekerja."Akibatnya sijil Halal Jakim yang diberikan turut ditarik balik. Penarikan itu akan dibawa dalam mesyuarat panel khas Jakim. Jika perlu,digantung selama-lamanya."Ini adalah kaedah paling berkesan untuk memastikan pengguna Islam tidak teraniaya dengan sikap licik peniaga yang lebih mementingkan keuntungan," katanya."


Sumber Harian Metro: Anbia Md Denin (anbia@hmetro.com.my)

Kisah Teladan: ISTERI LUMPUH BOLEH JALAN SEMULA DI MAKKAH





Rahsia Fatimah beroleh kekuatan selepas melihat semangat orang kudung beribadat tanpa masalah.
PENGALAMAN menaiki kapal laut ke Tanah Suci adalah antara peristiwa yang sukar dilupakan oleh sesetengah jemaah. Ini kerana ia memakan masa hingga berpuluh hari dan menjadikan sebahagian besar jemaah mempunyai ikatan erat bagaikan sebuah keluarga besar.

Pada 1975, pemergian haji masih lagi menggunakan kapal laut. Ketika itu, bayaran menunaikan haji hanya RM2,500 seorang, namun disebabkan nilai wang pada masa itu sangat besar, maka hanya mereka yang mampu dan bersedia saja dapat ke Makkah.
Cikgu Din adalah antara jemaah yang berpeluang menunaikan haji dengan kapal laut.Isterinya, Fatimah mengalami masalah kesihatan hingga tidak boleh berjalan akibat lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Walaupun lumpuh, perhatian Cikgu Din kepada isterinya tidak pernah pudar dan beliau menjaganya dengan penuh tanggungjawab.
Selepas pencen, dia bercadang membawa isteri dan anak-anaknya menunaikan haji. Dengan wang pencen itu dan simpanannya serba sedikit, Cikgu Din mendaftarkan nama dan keluarganya untuk musim haji tahun itu.Ketika itu, jemaah tidak perlu menunggu giliran terlalu lama untuk ke Makkah, hanya enam bulan mendaftar sudah boleh menunaikan haji.Selepas mendaftar, Cikgu Din membawa isterinya yang lumpuh menjalani pemeriksaan kesihatan. Doktor tidak mahu memberi keizinan kepada Fatimah untuk mengikuti suaminya kerana perjalanan ke Makkah dengan kapal laut, dikhuatiri akan memudaratkan isterinya.
Namun Cikgu Din tetap berkeras dan ikhlas mahu membawa isterinya.Doktor memberitahu, keadaan isterinya menyukarkan untuk melakukan ibadat haji seperti tawaf, saie dan sebagainya, tetapi ia langsung tidak dipedulikan oleh Cikgu Din.Akhirnya doktor beralah dan terpaksa membenarkan Fatimah mengikuti suaminya. Pada hari ditetapkan, Cikgu Din berangkat dengan menaiki kapal laut dari Pulau Pinang.Waktu itu, kapal haji datang dari Kota Kinabalu belayar ke Kuching dan singgah di Singapura. Dari sana, kapal akan belayar ke Pelabuhan Klang dan tiba di Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.Ketika hendak menaiki kapal, Cikgu Din begitu setia menolak kerusi roda isterinya. Ada beberapa pegawai Lembaga Tabung Haji yang bertugas hendak membantu, namun dia tidak membenarkannya.“Tak apa, saya boleh buat sendiri,” katanya. Di atas kapal, mereka duduk di dek atas, berdekatan bilik makan dan bilik air kerana kesukaran Fatimah untuk bergerak.
Pelayaran dari Pulau Pinang merentas Pulau Sebang di Indonesia, berjalan lancar dan tenang, malah jemaah dapat makan beramai-ramai.Waktu itu, jemaah bagaikan sebuah keluarga besar kerana kapal laut itu boleh memuatkan 1,900 hingga 2,000 orang.Selepas merentasi Pulau Sebang di hujung Sumatera iaitu berhampiran Lautan Hindi, berlaku arus kuat di bawah laut dan ia memanjang hingga ke Teluk Benggala. Jika arus di bawah laut terlalu kuat, kapal seolah-olah dilanda ribut.Begitulah kuatnya tarikan graviti di kawasan itu. Apabila tiba ke kawasan itu, kapal laut yang dinaiki dilanda ribut menyebabkan ramai jemaah mabuk dan muntah. Ada juga jemaah yang sakit teruk hingga ada yang meninggal dunia.Anehnya, Fatimah langsung tidak mengalami sebarang masalah. Dia sedikit pun tidak pening atau mabuk laut, malah kelihatan ceria dan sihat sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan itu, seramai 14 jemaah meninggal dunia dan mereka dikebumikan di dasar laut.
Selepas melalui Teluk Benggala yang penuh cabaran, sampailah mereka ke Shukotra. Dari situ, barulah nampak daratan dan kapal berhenti untuk mengambil air bersih. Kemudian, perjalanan diteruskan hingga ke Ya Lam-Lam.Setiba di Ya Lam-Lam, jemaah diminta memakai pakaian ihram dan melakukan sunat ihram. Fatimah walaupun dalam kepayahan berusaha melakukannya sendiri.Sementara jemaah menunggu pengangkutan untuk ke darat, jurumudi kapal dan pegawai bertugas sibuk menguruskan penempatan jemaah. Proses memunggah barang-barang terutamanya tong sahara (tong kayu besar) dilakukan.Selepas semua jemaah tiba di daratan, mereka pergi ke tempat tinggal masing-masing. Selama dua malam di Jeddah, Cikgu Din dan isterinya ditempatkan di kediaman tidak berapa jauh daripada pegawai bertugas.Ini memudahkan pegawai itu menjaga Fatimah dengan rapi kerana masalah kesihatan yang dialaminya.Kemudian jemaah berangkat ke Makkah untuk melakukan umrah. Sepanjang melakukan ibadat, Cikgu Din tidak berenggang dengan isterinya dan terus setia menolak kerusi roda untuk sama-sama melakukan ibadat.
Satu hari, dia terkejut apabila mendapati isterinya tiada dan beliau keluar mencarinya. Alangkah terkejut mereka apabila melihat Fatimah berjalan menggunakan tongkat dan melakukan umrah seorang diri.Beliau tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Selama ini, isterinya memang tidak mampu berjalan apatah lagi menunaikan umrah sendirian.Sewaktu berangkat ke Arafah, Fatimah seakan-akan tidak memerlukan bantuan suaminya lagi dan pasangan ini tidak menghadapi masalah hingga waktu mereka pulang dari sana.Sebaliknya, Cikgu Din pula ditimpa sakit kuat hingga tidak boleh bangun dan berjalan seperti biasa. Dia menghadapi masalah apabila hendak melakukan tawaf Widak. Akhirnya, Cikgu Din pula terpaksa duduk di kerusi roda yang sebelum ini menjadi teman setia isterinya.Dengan penuh tanggungjawab, isterinya pula menolak Cikgu Din untuk melakukan tawaf. Ramai jemaah yang melihat pasangan ini beristighfar. Jika selama ini Cikgu Din setia membantu isterinya, kini giliran Fatimah pula membantu suaminya.Rahsia Fatimah boleh berjalan ialah beliau terlihat semangat seorang jemaah yang kudung kaki dari lutut ke bawah sedang menunaikan ibadat tanpa masalah, tidak ditolak dan dipijak.
Dari situ, timbul kekuatan dalam dirinya untuk berjalan.Kesihatan Cikgu Din tetap tidak pulih hingga pulang ke tanah air. Namun, apabila sampai di kampung halaman, Cikgu Din pulih dan sihat seperti biasa. Isterinya juga sihat walafiat. Begitulah besarnya kuasa Allah hingga tidak terjangkau menerusi fikiran kita.
Oleh: Ustaz Md Daud Che Ngah

MEMAHAMI KEPENTINGAN FARDU 'AIN DAN FARDU KIFAYAH






Insan bertaraf makhluk mulia di sisi Allah SWT sekiranya mereka memahami dan melaksanakan tuntutan ilmu fardu ‘ain dan fardu kifayah.

Fardu ‘ain ialah ilmu mengendalikan diri dalam urusannya terhadap Allah swt yang menjadi kewajipan keatas setiap insan yang mukallaf, mengetahui dan melaksanakan suruhan yang wajib dan meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah swt. Tiada yang terkecuali dari beban tersebut selagi mereka berakal sempurna tanpa kecacatan minda.

Manakala fardu kifayah suatu perkara yang dikehendaki oleh agama, untuk maslahah umum. Tidak semua orang wajib melakukannya, sebaliknya ia merupakan amal jamaei. Kalau segolongan ahli masyarakat telah melaksanakan maka kewajipan atas individu muslim lain telah gugur.

Meskipun fardu ‘ain dan fardu kifayah disentuh sepintas lalu dalam perbincangan ini, namun ia telah menjadi suatu perdebatan hangat diantara ahli fakir dan cendekiawan islam, bagaimana hendak menyedarkan umat islam seluruh dunia memahami perbahasan tersebut. Menurut kajian umum, satu di antara punca umat islam mundur ialah kerana salah faham memahami erti fardu ‘ain dengan fardu kifayah.

Terdapat segolongan umat islam yang tidak merasa berat apabila tidak melaksanakan tuntutan fardu kifayah, kerana menganggap dirinya tidak perlu bersusah payah setelah orang lain melaksakannya. Sedangkan ada kalanya perkara itu amat penting, tidak berpada hanya orang lain saja buat, tanpa penyertaan diri mereka sendiri melaksanakan tanggungjawab itu, ia akan melemahkan umat islam jika mengabaikan tindakan bersepadu dalam amalan fardu kifayah.

Dikhuatiri jika majority umat islam bersikap mengharap orang lain melakukan fardu kifayah itu, akhirnya perkara penting itu terabai, akibatnya umat islam akan tercicir dan mundur.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“ Menuntut ilmu satu fardu ‘ain terhadap setiap orang islam”.

Di mana jua seseorang menuntut ilmu, bukan kerana tuntutan zaman atau tamadun. Sebagai kaum Muslimin diwajibkan oleh Allah SWT menuntut ilmu. Perkara utama dalam menuntut ilmu fardu ‘ain itu ialah ‘Ilmu tauhid”, melalui ilmu akidah seseorang dapat mengenali ‘Zat’ dan ‘Sifat’ Allah SWT. Atas prinsip: “Awal-awal agama ialah mengenal Allah SWT”, selepas itu barulah datang kewajipan solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi.

Ada pihak mengajar anak-anak sembahyang dan puasa terlebih dahulu, sedangkan anak kecil itu tidak faham mengapa dirinya disuruh sembahyang dan puasa. Ibarat memutar sekeru (screw) secara songsang pasti menimbulkan kesukaran malah kerosakan. Jangan terlalu mengharapkan pada tok guru dan ustaz untuk kefahaman agama dalam keluarga, tetapi ibu-bapa sendiri mesti mengerti asas-asas agama. Mulakan menanam asas keTuhanan sejak anak kecil lagi, ketika mandikan anak dan ketika menyuapkan nasi ke mulut anak atau ketika mendodoikan anak tidur.

Menjadi kewajipan orang yang tahu mengajar fardu ‘ain kepada mereka yang tidak mengetahui, khususnya kaum keluarga di bawah tanggungannya. Paling utama dalam fardu ‘ain itu ialah ilmu tauhid yang menjelaskan keEsaan Allah SWT. Yang dimaksudkan dengan Tuhan itu ialah sesuatu yang dipuja dan diabdikan diri kepadanya (makbud). Justeru itu banyak perkara di dunia ini yang dipuja dan ditaati oleh manusia. Tetapi semua itu jenis tuhan-tuhan yang ditolak oleh islam, kecuali Tuhan sebenar bernama Allah SWT sahaja yang mesti diimani dan ditaati.

Melalui ilmu itu, manusia dapat mengenal ‘Zat’ dan ‘Sifat’ Allah SWT. Zat Allah SWT itu Maha Esa, tetapi sifat-Nya banyak berdasarkan banyaknya kesan kerja cipta Allah SWT sendiri. Setidak-tidaknya ada sembilan puluh sembilan sifat Tuhan seperti yang ditegaskan Al-Quran dalam ‘Asma-ullahil Husna’. Sifat-sifat kesempurnaan itu terhimpun pada zat Maha Esa bernama Allah SWT. Sebahagian dari sifat itu sengaja Allah SWT mazharkan (tayangan) kepada alam ini khususnya diri manusia sendiri, untuk menjadi dalil supaya manusia dapat mengenali-Nya.

Setelah seseorang mengenali Zat dan sifat Allah SWT, mereka wajib mengetahui ‘Ibadat’ cara mengabdikan diri kepada-Nya, secara automatik mereka telah mengenali diri sendiri, ‘siapa yang kenal diri sendiri,bererti dia kenal siapa Tuhannya’. Jika tidak kenal Tuhan, mustahil dia kenal diri sendiri. Jika dia kenal Allah SWT Maha Berkuasa, bererti dia sedar bahawa dirinya makhluk lemah tidak berkuasa. Jika dia merasa dirinya berkuasa seperti Tuhan, bererti dia telah syirik kerana menyamakan diri berkuasa seperti Allah SWT.
Firman-Nya yang bermaksud:
“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentu keduanya itu telah rosak binasa”. (surah Al-Anbia ayat 22).

Hasil dari kenal Allah SWT Maha Berkuasa, bererti dia kenal dirinya sebagai makhluk yang lemah, terpaksa berhamba abdi tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Sebarang kerja buat zahir dan batin sebagai hamba mestilah tidak mendatangkan kemurkaan-Nya. Apa jua kegiatan sama ada makan minum, berumahtangga, berniaga, making gaji, sayang dan benci sesama manusia kerana Allah SWT.
Jika waktu sayang dia beri hadiah, bila benci diungkit semula pemberian itu, bukti bahawa sayang dan bencinya bukan kerana Allah SWT. Jika terpaksa bermusuh, maka perseteruan itu semata-mata kerana individu berkenaan bercanggah dengan Allah SWT.
(KAFA Integrasi Nurul Hidayah)